Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan segera bagi menangani golongan yang tercicir daripada penjajaran semula subsidi oleh Kerajaan Persekutuan.Β Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, beliau akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri melaksanakan program turun padang untuk menemui mereka yang layak tetapi terlepas daripada memperoleh subsidi tersebut.
Kerajaan negeri maklum mengenai masalah ini dan tindakan segera akan diambil bagi memastikan mereka yang layak sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan.Beliau juga berharap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat turun padang sebagai satu pasukan bagi menjayakan usaha ini.
Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, membangkitkan mengenai usaha kerajaan negeri bagi menangani masalah golongan yang tercicir daripada menikmati penjajaran semula subsidi oleh Kerajaan Persekutuan. Menurutnya beliau mendapat maklum balas di peringkat akar umbi yang mengadu terlepas daripada mendapat subsidi tersebut selain mencadangkan supaya diwujudkan satu unit khas di setiap pusat khidmat DUN supaya golongan ini boleh mendapatkan penjelasan dan mendaftar untuk menikmati subsidi.
Sumber:Β Utusan Malaysia