PERTIKAIAN PEMAJU DAN JMB ANTARA PUNCA WISMA PUNCA EMAS ‘BERHANTU’

Kekurangan peruntukan berikutan caj penyelenggaraan tidak dapat dikutip selain pertikaian antara pemaju dan badan pengurusan bersama (JMB) dipercayai menjadi punca Wisma Punca Emas, di Bandar Seremban, di sini, ‘berhantu’. Menurut Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali, selain itu pembangunan pusat beli-belah baharu yang moden dan kebakaran pada 2018 menyebabkan bangunan itu terbiar tanpa pengunjung dan peniaga.

Sebelum ini tular melalui siaran akhbar mengenai bangunan Wisma Punca Emas yang kini berada dalam keadaan tidak terurus dan tidak diselenggara serta hanya seorang peniaga yang masih kekal di situ. Wisma itu di bawah skim pemajuan strata yang siap dibina sekitar 1982. Skim ini tidak lagi mendapat sambutan disebabkan perubahan permintaan ruang perniagaan dan trend pemain industri seiring dengan pertumbuhan pusat beli-belah yang baharu dan lebih moden. Kebakaran pada 2018 menyebabkan masalah pendawaian elektrik seterusnya memberi kesan terhadap kemerosotan aktiviti perniagaan di dalamnya. Keadaan itu menyukarkan lagi usaha pihak pengurusan untuk membaik pulih dan menghidupkan semula aktiviti perniagaan di bangunan itu kerana kekangan sumber kewangan disebabkan caj penyelenggaraan yang tidak dapat dikutip serta terdapat pertikaian di antara pemaju dan JMB.

Beliau selaku Datuk Bandar Seremban sebagai Pesuruhjaya Bangunan (COB) sentiasa prihatin terhadap skim pemajuan strata di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Mengikut rekod Unit COB MBS, jumlah keseluruhan skim pemajuan berstrata di bawah pemantauan MBS adalah sebanyak 651 skim pemajuan. Daripada jumlah itu, sebanyak 243 skim atau 37 peratus adalah skim strata komersial. JMB bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggara bangunan dalam skim pemajuan berstrata seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). MBS sentiasa menyokong usaha memastikan Wisma Punca Emas dapat berfungsi semula dan diurus serta diselenggara dengan baik. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab setiap pemilik petak untuk membayar caj penyelenggaraan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 25, Akta 757 bagi memastikan JMB mempunyai sumber kewangan untuk mengurus dan menyelenggara bangunan itu.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …