META DIPANGGIL BERI PENJELASAN BERHUBUNG SEKATAN KE ATAS FB, IG PM

  • Meta Platforms Inc (META) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini 4 Ogos 2024 untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ia berkaitan ucapan takziah yang dikongsi Perdana Menteri kepada Ketua Biro Politik Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh yang terbunuh di Tehran, Iran minggu lalu.
  • Gangguan sama sekali lagi berlaku malam tadi, ke atas siaran langsung sempena Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Stadium AXIATA Bukit Jalil, di sini.
  • Semakan di akaun Instagram Perdana Menteri mendapati tiga hantaran beliau pada 31 Julai lepas yang mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.
  • Penurunan hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Dangerous individuals and organisations”.
  • Ia menyebabkan Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan Meta berkenaan, manakala Anwar pada 1 Ogos pula memberi peringatan terhadap pihak Meta supaya tidak menjadi perkakas rejim Zionis.

 

Sumber: Harian Metro, Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

RM32.3 JUTA PERUNTUKAN PERKUKUH AGENDA PENDIGITALAN SABAH

MEMORANDUM: Joniston (tiga kanan) yang mewakili Hajiji dan James (tiga kiri) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman pada Majlis Pelancaran Identiti Baharu …

HAJIJI KOMITED TINGKAT KUALITI PROGRAM PENDIDIKAN SABAH

KUNJUNGAN: Hajiji dan Lo bersama delegasi JPNS diketuai Raisin semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Isnin. KOTA KINABALU: Ketua …

BIMP-EAGA GAMES 2026 PERKUKUH PERPADUAN SERANTAU, PERKASA BELIA

ALBUM: Nizam (enam dari kanan), Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Seri Anil Sandhu bersama …