DUA LELAKI DIDENDA RM3,000 BANTU PASANG IKLAN ALONG

Dua lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan memasang bunting berkaitan pinjaman berkenaan, minggu lalu. Majistret, Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, R Logeswaran, 25 dan V Rajasingam, 22, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan. Beliau turut mengarahkan tertuduh dihukum penjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut. Bagaimanapun tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama telah membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan menjalankan kegiatan memasang bunting berkaitan pinjaman wang berkenaan. Kesalahan itu dilakukan pada 18 Julai 2024 jam 2.40 petang di Jalan Pasar Pekan Lukut, Port Dickson.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29AA(1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29AA(1) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulanginya lagi. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Adam Hasan merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka masih bujang dan bekerja dengan pendapatan tidak seberapa.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …