MBS ARAH PEMAJU ROBOHKAN PENEMPATAN PEKERJA ASING

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengarahkan pihak pemaju supaya merobohkan struktur penempatan warga asing yang didakwa dijadikan tempat tinggal pekerja di Taman Bandar Senawang, di sini. Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS, Shamaruddin Saidin, hasil siasatan mendapati premis berkenaan tidak mematuhi peruntukan undang-undang di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Merujuk kepada laporan akhbar pada 17 Julai lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membuat serbuan bersepadu di lokasi dan pihak kami sudah menjalankan siasatan lanjut mengenai penempatan haram berkenaan. MBS telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis kepada pihak pemilik tanah supaya merobohkan struktur bangunan serta-merta.

Hasil semakan juga mendapati tanah yang dijadikan lokasi penempatan berkenaan juga adalah milik pemaju iaitu sebuah syarikat pembinaan yang menjalankan projek perumahan di kawasan terbabit. Pihaknya sudah melakukan semakan dengan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan mengenai situasi itu dan mendapati ia menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 70(1), 70(11) dan 87(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Ia bagi mana-mana bangunan yang dibina tanpa mendapat kebenaran daripada PBT terutamanya sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam.

Sekiranya arahan notis tidak dipatuhi, pihak MBS akan mengambil tindakan perundangan yang lebih tegas kepada pihak pemilik tanah mengikut peruntukan perundangan yang ditetapkan. Pihak MBS juga  sangat menghargai warga Bandaraya Seremban yang sentiasa melaporkan sebarang aduan atau pertanyaan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) mbseremban.spab.gov.my atau Aplikasi Respons Rakyat.

Sebelum ini JIM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan pihak polis menyerbu satu penempatan haram warga asing yang dikatakan sudah bertapak sejak 15 tahun lalu. Bagaimanapun, pihak pemaju memaklumkan penempatan itu sebenarnya adalah rumah pekerja mereka di atas tanah persendirian.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BEKERJALAH DENGAN HATI, BUKAN SEKADAR MENGEJAR GAJI

Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling …

PENTINGNYA REZEKI HALAL BUAT SANTAPAN KELUARGA

Mencari rezeki yang halal dan berkat merupakan satu amanah serta bentuk ibadah yang sangat mulia bagi seorang pekerja. Setiap titik …

WASPADA JERAT SINDIKET PERSUNDALAN ANTARABANGSA

Jerat persundalan merujuk kepada taktik manipulasi, paksaan, atau penipuan yang digunakan oleh sindiket jenayah untuk memperdaya dan menjerat individu ke …