MESYUARAT ASEAN TEGANG BINCANG ISU LAUT CHINA SELATAN

Sidang diplomat dari Asia Tenggara yang bertemu di ibu negara Laos tegang dalam beberapa isu terutama tuntutan wilayah di Laut China Selatan, pertempuran yang semakin meruncing di Myanmar dan persaingan serantau.

Turut bertemu di Vientiane adalah sekutu ASEAN – termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Russia, Jepun, India dan Australia.

Indonesia dalam mesyuarat pembukaan pada Khamis lalu menekankan kepentingan blok itu untuk tidak terlibat dalam sebarang persaingan antara China dan AS.

Anggota ASEAN iaitu Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei mempunyai konflik dengan China berhubung tuntutan di Laut China Selatan, salah satu laluan air paling penting di dunia untuk perkapalan.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …