SISIPAN SEJARAH : PERSIDANGAN PERTAMA MAJLIS PASUKAN-PASUKAN TENTERA PERSEKUTUAN

Pada 26 Julai dalam tahun 1956, satu persidangan Majlis Pasukan-Pasukan Tentera Persekutuan telah diadakan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur. Penubuhan Majlis Pasukan-Pasukan Tentera Persekutuan ini adalah lanjutan daripada persetujuan yang telah dicapai dalam rundingan kemerdekaan di London yang dihadiri oleh YTM Tunku Abdul Rahman dan rombongannya pada awal tahun 1956. Mesyuarat yang telah berlangsung ini telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman yang juga memegang portfolio Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Keanggotaan ahli majlis ini terdiri daripada Pemegang Mohor Raja-Raja Melayu, Haji Mustapha Al-Bakri, Setiausaha Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri, Tuan A.H.P Humpry, Pengerusi Pemerintah Agung Tentera Keselamatan Tanah Melayu, Mejar Jeneral F.H Brooke, Kolonel J.Woot dan Leftenan Kolonel Raja Lope. Antara perkara yang telah dibincangkan ialah mengenai usul untuk memperbesarkan kekuatan Pasukan Tentera Persekutuan serta keperluan penubuhan sebuah Kolej Latihan Tentera Persekutuan. Sesungguhnya, persidangan yang diadakan ini telah merintis jalan untuk mengukuhkan kawalan keselamatan dan keamanan negara yang telah membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …