GANGGUAN IT: LIMA AGENSI KERAJAAN, SEMBILAN SYARIKAT SWASTA TERJEJAS

Kementerian Digital memaklumkan sebanyak lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta terjejas akibat gangguan sistem teknologi maklumat (IT) pada 19 Julai lepas.

Agensi berkenaan ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara dan Lembaga Zakat Kedah.

Sementara sembilan lagi syarikat swasta pula melibatkan sektor penerbangan, perbankan dan kesihatan.

Tidak ada sebarang ketirisan dan kesemua data dalam sektor kerajaan selamat. Walaupun terdapat cubaan pancingan data ketika gangguan itu berlaku, namun kerajaan berjaya mematahkan cubaan itu.

Gangguan itu bukanlah serangan siber dan terjadi ekoran kelemahan pada perisian kemas kini CrowdStrike sehingga menjejaskan sistem operasi Microsoft dan pengguna tidak dapat mengakses sistem komputer mereka.

 

 

Sumber: Bernama

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERSEDIAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut 2025/2026 dijangka bermula pada Khamis, 13 November 2025 dan berterusan …

PERKHIDMATAN KAUNTER JPJ MOBLIE

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 …

TUMPAS SINDIKET PENGEDARAN DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Ketua Polis …