MUAT TURUN APLIKASI ‘PRICE CATCHER’ UNTUK BANTU KPDN ATASI KENAIKAN HARGA MENDADAK

Komuniti MADANI digesa untuk memuat turun aplikasi “Price Catcher” bagi membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh membuat perbandingan harga dengan mudah dan sekiranya mereka mengesan kenaikan mendadak ke atas harga barangan tertentu, Komuniti MADANI boleh memaklumkan kepada pegawai penerangan daerah yang bertugas di komuniti masing-masing.

Aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh KPDN itu memaparkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit yang dipantau.

Terdapat enam kategori barangan yang dipantau iaitu barangan segar, barangan kering, barangan berbungkus, susu dan barangan bayi, produk kebersihan serta minuman.

 

Jom Muat Naik Sekarang dan Jadi Pengguna yang Lebih Bijak!

Sumber: Bernama, KPDN

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut