PELAJAR MALAYSIA DIPINDAHKAN KE SURUHANJAYA TINGGI DI BANGLADESH UNTUK KESELAMATAN

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi kepentingan utama berikutan situasi semasa di Bangladesh.

Dalam kenyataan terkini (Wisma Putra) pada Ahad, kementerian mengesahkan pelajar Malaysia yang terjejas oleh situasi semasa di Bangladesh telah dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi untuk keselamatan mereka.

Kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi berkaitan lain untuk membantu pelajar Malaysia di Bangladesh.

Kementerian telah mengaktifkan Bilik Operasi, yang boleh dihubungi oleh ahli keluarga terdekat pelajar Malaysia di Bangladesh di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel di taskforcebangladesh@kln.gov.my,” kata Wisma Putra.

Kementerian akan memantau dengan rapi situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Sehingga lewat Jumaat (19 Julai), daripada 95 pelajar Malaysia di Bangladesh, dua orang telah meninggalkan Dhaka baru-baru ini dengan bantuan daripada Suruhanjaya Tinggi.

Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.

 

Sumber: Bernama, Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

KEMURUNGAN

Apakah itu kemurungan? Kemurungan adalah penyakit yang dicirikan dengan rasa sedih yang berpanjangan hilang minat terhadap aktiviti yang digemari, disertai …

PAKAIAN BARU TAK SEMESTINYA BERSIH DAN SELAMAT DIPAKAI

Saat menyarung pakaian baharu, rasa teruja itu sukar dibendung. Fabriknya yang masih keras dan warna yang terang serta baunya seakan …

THE GOLDEN BLOOD “DARAH EMAS”

Memiliki kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia dan menjadi satu-satu pemilik darah jenis Rh null di Malaysia. Itu keistimewaan …