300 TUKUN TIRUAN DILABUH DI LAUT KELANTAN

PASIR PUTEH – Jabatan Perikanan melabuhkan sebanyak 300 tukun tiruan pelbagai jenis di perairan Kelantan dengan jumlah peruntukan dibelanjakan lebih RM5.8 juta sejak 2007.

Tukun-tukun terbabit ditenggelamkan di tujuh lokasi melibatkan 4 daerah iaitu di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

2 konsep pembinaan tukun tiruan digunakan iaitu konsep konservasi yang bertujuan untuk pemuliharaan sumber dan konsep rekreasi untuk tangkapan secara pancingan serta perikanan rekreasi yang terkawal.

Lokasi di Tok Bali dan Kuala Besar itu juga akan dibangunkan sebagai kompleks tukun tiruan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di kawasan pesisiran pantai

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …