HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERTEMUAN EMPAT MATA DUA PEMIMPIN TERSOHOR DUNIA

Pada hari ini (17 Julai) dalam tahun 1993, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia, Presiden Suharto, mengadakan pertemuan di Langkawi, Kedah.

 

Dalam pertemuan empat mata ini, dua pemimpin tersohor dunia ini telah membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kepentingan dan keharmonian kedua-dua negara antaranya isu persempadanan negara. Dalam pertemuan ini, Malaysia dan Indonesia sepakat untuk menyelesaikan isu sempadan Pulau Ligitan dan Sipadan secara rundingan dan tidak mahu membesarkan isu itu sehingga boleh meretakkan hubungan dua hala.

 

Pemimpin-pemimpin ini juga memutuskan untuk tidak membawa isu itu ke peringkat antarabangsa atau membabitkan pihak ketiga. Kedua-dua negara juga bersetuju menyelesaikan masalah sempadan dalam konteks kerjasama dua hala dan sebarang tindakan yang timbul dalam isu ini tidak akan dibenarkan untuk menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Indonesia.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Kerjasama Bilateral

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …