HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: DEWAN RAKYAT MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG TUBUH BIRO SIASATAN NEGARA (BSN)

Pada hari ini (17 Julai) dalam tahun 1973, Rang Undang-undang Biro Siasatan Negara telah diluluskan dengan sebulat suara oleh Dewan Rakyat.Rang Undang-undang ini diluluskan bertujuan menubuhkan Biro Siasatan Negara (BSN) bagi memberi kuasa kepada pegawai-pegawai biro dan membuat peruntukan-peruntukan yang berkenaan dengannya.

Di samping itu, rang undang-undang ini diluluskan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan pada tahun 1967. Setelah mengkaji beberapa kelemahan yang timbul dan sistem menggunakan pegawai-pegawai yang dipinjamkan, kerajaan telah membuat keputusan mewujudkan satu perkhidmatan baru di mana pegawai-pegawai dan kakitangan adalah tetap sehingga mereka bersara. Kerajaan juga telah bersetuju mengubah nama Badan Pencegah Rasuah kepada Biro Siasatan Negara yang mula beroperasi pada 1 Julai 1973.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Encik Ali Hj.Ahmad telah memberi jaminan bahawa biro ini akan diberi kebebasan sepenuhnya dalam menjalankan tugas-tugas dan kegiatan tanpa sebarang campur tangan oleh kerajaan atau mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Biro ini yang akan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perakuan oleh Perdana Menteri, sementara pegawai-pegawainya dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Penubuhan biro ini diharap akan lebih berperanan dan berkesan ke arah menghapuskan rasuah dan jenayah di negara ini. Di samping menjamin kekayaan negara tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dan menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Pencegahan Rasuah dan Pengukuhan Integriti

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …