HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERJANJIAN BERSAMA MALAYSIA-INDONESIA UNTUK MEMBANTERAS PENGEDARAN DADAH, WANG PALSU DAN PENYELUDUPAN

Pada hari ini (17 Julai) dalam tahun 1985, Polis Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat untuk mempertingkatkan kerjasama dalam membanteras pengedaran dadah, wang palsu dan penyeludupan di sempadan Malaysia – Indonesia.

 

Kerjasama yang dicapai ini penting berikutan penjenayah sering melarikan diri ke negara jiran setelah melakukan jenayah. Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Abdul Kudus Alias, kerjasama yang lebih erat dapat mengawal dan memastikan kegiatan jenayah di sempadan negara dapat diawasi dengan lebih berkesan. Dalam pertemuan para perwakilan dari kedua-dua buah negara, dua kertas kerja bertajuk ‘Aturan Pengendalian Tetap – Latma Aman Malindo–Daratan Perbatasan’ dan ‘Konsepsi Penanggulan/ Pembanterasan Kejahatan Di Wilayah Perbatasan’, telah diterima.

 

Selain itu, rancangan latihan melibatkan pertukaran pegawai dan maklumat juga akan diteruskan. Persetujuan yang dimeterai dalam pertemuan ini memperlihatkan kesungguhan Malaysia-Indonesia dalam usaha menjaga keselamatan dan keamanan negara.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Kerjasama Bilateral

Artikel/Berita Terkini

LALUAN BULATAN KLEBANG KE BATANG TIGA DINAIK TARAF KEPADA EMPAT LORONG

Durian Tunggal – Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek menaik taraf laluan dari Bulatan Klebang ke Batang Tiga sebagai strategi penyuraian …

STESEN KERETAPI KUALA LUMPUR

*Stesen Keretapi Kuala Lumpur * Sebuah ikon warisan negara yang mencerminkan keindahan seni bina Indo-Saracenic serta menjadi saksi kepada perkembangan awal …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI SEMARAK RAMADAN 2026

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …