KPDN KELANTAN SITA BAG BERJENAMA TERKENAL DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

MACHANG 10 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Kuala Krai, Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik Cap Dagang pada kelmarin. Operasi bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan, penggunaan cap dagangan tanpa kelulusan dan tanpa kebenaran dari pemilik cap dagangan berdaftar yang dijual secara atas talian. Serbuan dilokasi pada jam 12.00 tengahari kelmarin melalui pengaduan oleh wakil pemilik cap dagang hasil daripada pemantauan risikan dan pengaduan pihaknya di Machang, Kelantan.
Sitaan dilakukan 2871 unit bagi berjenama terkenal disyaki tiruan dengan nilai rampasan keseluruhan bagi kertas siasatan yang dibuka anggaran berjumlah RM 141,270.00. Jika sabit kesalahannya pemilik premis perniagaan boleh didenda jika pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM 15,000.00 bagi setiap barang.
Manakala individu atau perseorangan denda tidak melebihi RM 10,000.00 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
Operasi yang dijalankan, menghasilkan 2 tindakan kes ini akan disiasat dibawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki melakukan kesalahan iaitu mempunyai dalam milikan jagaan dan kawalan bagi maksud perdagangan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM “JOM KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT”

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program “Jom Kembali Ke Sekolah Dengan Selamat” pada 14 …

SSPA FASA 2: GAJI NAIK, TANGGUNGJAWAB PUN NAIK

Pada 22 Januari 2026, lebih 1.6 juta pegawai awam bakal menerima bayaran pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam …

RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (RPTM) 2026-2035

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 ini menjadi landasan untuk menghadapi cabaran baharu, memenuhi tuntutan zaman pasca-normal serta memperkukuh kemajuan …