KPDN KELANTAN SERBU LOKASI PENGUMPULAN PETROL UNTUK DISELEWENGKAN

TUMPAT 10 Julai : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor telah menjalankan Operasi Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Maklumat risikan, sebuah kenderaan disyaki mempunyai tangki ubahsuai sedang memindahkan petrol di kawasan perkuburan untuk tujuan penyelewengan barangan kawalan ke negara jiran. Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan mendapati tangki minyak yang telah diubahsuai mengandungi minyak petrol melebihi kuantiti asal.
Pasukan membuat sitaan barang kawalan minyak petrol 375 liter dan sebuah kenderaan, selanjutnya disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Nilai keseluruhan rampasan, termasuk kenderaan dan minyak petrol, dianggarkan berjumlah RM5,600.00.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …