GUNA MEDIA SOSIAL SECARA BIJAK SEBAR NILAI MURNI

Hari ini media sosial sudah jadi platform utama untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Bagaimanapun, kita melihat media sosial kerap disalah guna sehingga adakala menjadi ruang yang terlalu toksik, selain membawa kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tetapi juga terhadap masyarakat.

Media sosial memudahkan perkongsian kepada masyarakat dengan kadar lebih pantas. Bagaimanapun selari dengan kepantasan itu, seharusnya tanggungjawab kita terhadap apa yang dikongsikan adalah kritikal.

 

Namun, terdapat sebahagian daripada masyarakat cenderung menyebarkan berita palsu atau maklumat tidak sahih yang boleh menyebabkan berlaku kekeliruan dan kerugian kepada masyarakat. Ada sesetengahnya pula turut menyebarkan fitnah sehingga berhadapan dengan tindakan undang-undang. Hal sebegini amat tidak wajar, kerana perkembangan teknologi seharusnya selari dengan nilai kebertanggungjawaban yang tinggi. Ingatlah, dalam pada kita melihat tindakan berkongsi berita palsu atau tidak sahih sekadar perkongsian santai, ia mungkin memberi impak negatif kepada orang lain.

 

Media sosial juga seharusnya digunakan untuk menyebarkan berita atau hal kebaikan dan mesej positif. Ambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman bermanfaat, nasihat berguna serta sokongan moral kepada rakan. Ini bukan sahaja membantu mewujudkan suasana yang lebih baik, tetapi juga dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Hari ini juga kita kerap mendengar mengenai isu kebocoran data peribadi. Justeru, perkongsian dalam media sosial seharusnya dikawal dengan baik. Jangan kongsikan maklumat peribadi secara berlebihan. Selain itu, jika kita perhatikan terdapat kemungkinan terhakis nilai moral, misalnya sikap saling menghormati dalam interaksi di media sosial. Ia boleh dilihat menerusi penggunaan bahasa yang kasar, komen saling menghina hingga mencemuh peribadi.

 

Sebagai pengguna media sosial, kita semua bertanggungjawab memastikan platform ini digunakan secara positif dan bermanfaat. Mengamalkan adab dan etika dengan betul, kita dapat menjadikan media sosial sebagai medium yang memperkasa serta memupuk nilai murni dalam masyarakat.

 

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

KEBOCORAN GAS PUNCA LETUPAN STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR

Kebocoran gas pada saluran paip HRSG/PD2A di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di sini dipercayai punca berlakunya letupan pada malam Khamis …
Maklumat Lanjut

PENYELARASAN HARGA LANTAI PADI DAN BERAS PUTIH TEMPATAN

Harga Lantai Padi Naik, Harga Beras Kekal! Kerajaan MADANI selaraskan harga lantai belian padi kepada RM1,500 per metrik tan bermula …
Maklumat Lanjut

BEKALAN DARAH DIPERLUKAN SECARA BERTERUSAN

Bekalan Darah Diperlukan Secara Berterusan. Jom Derma Darah. #TeamPDN #darahtakpernahcuti …
Maklumat Lanjut