BANJIR KILAT LANDA KAWASAN RENDAH SEKITAR KK DAN PENAMPANG AKIBAT HUJAN LEBAT SEJAK TENGAH HARI

KOTA KINABALU: Hujan berterusan di daerah ini dan Penampang sejak tengah hari tadi, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, selain berlaku kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Penampang dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa buah kampung tidak boleh dilalui selepas dinaiki air.

Kejadian tanah runtuh di Jalan Kota Kinabalu – Tambunan di Kampung Timpoluon, Penampang.

“Hasil pemantauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati Kampung Kolopis dan Sugud tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Sepasukan anggota sudah digerakkan ke lokasi banjir bagi bersedia dengan sebarang kecemasan dan anggota keselamatan lain termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta PKOB turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Keadaan laluan di Kionsom Lama yang turut digenangi Banjir.

Tambahnya, penduduk sekitar juga diarahkan untuk sentiasa berwaspada sekiranya terdapat keperluan untuk berpindah berikutan bacaan Sungai Moyog berada pada paras waspada, iaitu lapan meter.

Difahamkan, hujan lebat berterusan hingga petang ini turut menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan hingga menutup laluan.

Antara yang dikenal pasti setakat ini ialah berhampiran Kampung Babagon Toki dan Kampung Timpoluon, Penampang dan Jalan Kota Kinabalu- Tambunan.

Beberapa kawasan lain di sekitar ibu negeri seperti di Kionsom, Kionsom Lama, Pomotodon dan Jalan Kionsom, Inanam serta Kampung Rampayan dan Mansiang, Manggatal turut dilaporkan antara yang terjejas akibat banjir.

Anggota polis menjalankan pemantauan di laluan terjejas banjir di Penampang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan amaran ribut petir dijangka melanda sebahagian besar kawasan di Sabah sehingga jam 7 malam ini.

Kawasan itu termasuklah di bahagian Pedalaman dan Pantai Barat, selain turut meliputi Sandakan, Tongod, Beluran serta Kudat di utara dan pantai timur Sabah.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Laluan di Kolopis, Penampang tidak boleh dilalui akibat digenangi banjir.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

Jabatan itu juga menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Katanya penduduk yang mendiami kawasan hotspot banjir juga diingatkan agar sentiasa berwaspada. 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut