KAMPUNG PADANG SATU DIPILIH SEBAGAI KAMPUNG ANGKAT MADANI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI

Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, Mukim Sg. Laka, Daerah Kubang Pasu telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin.

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar lbrahim, Perdana Menteri Malaysia menerusi Belanjawan 2024 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan capaian kemudahan asas di kawasan luar bandar melalui pendekatan “Whole of Govemment”.

YM Raja Dato’ Nushirwan berkesempatan untuk melawat Kampung Padang Satu ini pada hari ini dan seterusnya telah melancarkan perasmian Kampung Padang Satu sebagai Kampung Angkat MADANI KP MKN, JPM.

Pelbagai cadangan penambahbaikan infrastruktur telah dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara untuk meningkatkan keselesaan, kemudahan dan taraf hidup penduduk setempat di kampung ini.

Bercakap semasa ucapan beliau, terdapat beberapa infrastruktur yang akan ditambah baik antaranya jalan kampung yang akan diturap, surau yang akan dibaik pulih dan juga pembinaan dewan terbuka untuk aktiviti penduduk setempat.

Program pada hari ini bermula dengan sesi gotong-royong dengan disertai seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai MKN, JPM dan juga penduduk kampung. YM Raja Dato’ kemudiannya dibawa meninjau kawasan sekitar kampung sambil menyampaikan bantuan berupa bakul makanan kepada pesakit-pesakit terlantar di kampung tersebut.

YM Raja Dato’ membuat tinjauan bermotosikal bersama penduduk setempat untuk melihat keadaan Kampung Padang Satu
Zuraini Mohd Yusof bersama YM Raja Dato’ melawat pesakit terlantar di Kampung Padang Satu

Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Dr. Mohamad Zaini Mohamud dan Pengarah Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Encik Mohd Nizam Mokhtar turut hadir memeriahkan majlis, selain daripada Penghulu Mukim Sg. Laka, serta wakil Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Setinggi penghargaan jua kepada penduduk Kampung Padang Satu yang memberikan sokongan penuh serta bersama-sama berganding bahu dengan MKN, JPM dalam menjayakan program ini terutamanya Encik Ahmad Sabri Ismail dan Encik Shahril Fizam bin Saarin.

Facebook: KAMPUNG PADANG SATU DIPILIH SEBAGAI KAMPUNG ANGKAT MADANI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …