PEMANTAUAN PROGRAM PENYERAGAMAN HARGA BARANG PERLU, LPG DAN COMMUNITY DRUMMING

KUALA KRAI 30 Jun : Pemantauan telah dilaksanakan oleh YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan berkaitan Program Penyeragaman Harga (Barang Perlu, LPG & Community Drumming) di Kuala Krai, Kelantan pada hari ini.
Pemantauan dibuat di enam Point Of Sale Zon Kuala Krai sekitar Pasir Kelang Baru, Lama dan Kg. Takul, Estate Takul, Kg. Buyong dan Kg. Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.
Objektif program ini bagi membantu penduduk pendalaman sekitar Kuala Krai, Kelantan dalam mengurangkan kos sara hidup dan perbelanjaan barangan keperluan harian serta asas.
Program ini diadakan adalah keperluan kerana penduduk tinggal di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan dapat menikmati harga barangan keperluan seperti Gula, Minyak Masak, Tepung Gandum, Beras, Gas Petroleum Cecair dan Petrol Ron95 seperti harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Untuk rekod kurang lebih 10,000 penduduk secara kasarnya sekitar enam POS tersebut dan beberapa faktor- faktor utama melibatkan jalan, akses dan geografi serta beberapa keperluan dikenalpasti direkodkan untuk tindakan selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …