SINDIKET PENJUALAN TANAH FELDA, SEORANG LAGI PEGAWAI BANK DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pegawai bank di Sabah selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penjualan tanah.

Lelaki berusia 40-an terbabit dikatakan bersekongkol dengan sindiket yang menawarkan penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Melaka.

Menurut sumber, suspek dipercayai menjadi dalang bagi membantu urusan pembukaan akaun perbankan atas nama Felda yang palsu.

Katanya, ia bagi membolehkan sindiket berkenaan melakukan urusan transaksi jual beli dengan pembeli.

“Suspek ditahan ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Sabah, sekitar jam 9.45 malam tadi.

“Tangkapan terhadap suspek ini adalah susulan penahanan lapan individu membabitkan enam lelaki termasuk yang berada di Kuala Lumpur dan dua wanita,” katanya.

Menurutnya, semua individu yang ditahan terbabit berjawatan sebagai pegawai bank, broker, pengarah syarikat dan orang awam.

Katanya, sehingga kini SPRM sudah merakam percakapan 16 individu termasuk seorang pegawai kanan dan dua kakitangan Felda selain syarikat pemaju sejak Isnin lalu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek kesembilan terbabit.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …