LOGO DISALAH GUNA, APM NAFI ADA USAHASAMA DENGAN PIHAK LAIN

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah mengesan sebuah lori menyalahgunakan logo dan nama APM ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Bukit Bendera berhampiran Padang Bandaran-Likas, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Sabah, Leftenan (Lt) (PA) Norazian Shamsudin berkata, pihaknya menafikan wujudnya sebarang usahasama dari pihak agensi untuk melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai wakil bagi menguruskan kerja berkaitan.

“APM Sabah juga ingin menegaskan bahawa penganjur tidak pernah memohon kebenaran untuk menggunakan logo dan nama APM sepertimana yang tertera di dalam banner lori berkenaan.

“Pihak terbabit boleh dianggap melakukan kesalahan jika menggunakan logo dan nama agensi secara salah pada barangan atau perkhidmatan untuk digunakan dalam sebarang tanda atau iklan, invois, katalog, surat serta dokumen perniagaan yang berkaitan, tanpa persetujuan agensi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Lori menyalahgunakan logo dan nama APM ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Bukit Bendera berhampiran Padang Bandaran-Likas, Kota Kinabalu. – Foto/APM

Tambahnya, APM Sabah menasihatkan supaya masyarakat sentiasa peka dan berhati-hati dengan sebarang penipuan yang berleluasa kini.

“Kenyataan ini dibuat supaya dapat melindungi masyarakat dan organisasi agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan di lapangan dan di semua jenis medium media sosial mahupun dalam talian,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …