ISU PALA’U AKAN DIBANGKITKAN DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN NEGERI – HAJIJI

KOTA KINABALU: Isu penempatan komuniti Pala’u yang dirobohkan di Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menjelaskan kerajaan negeri sangat prihatin terhadap perkara itu.

“Kita sangat prihatin dengan perkara ini. Bukan kerana kita tidak bersimpati, kita bersimpati kerana mereka juga manusia tetapi kawasan di mana mereka membina struktur itu adalah dalam Taman Marin.

“Pasukan keselamatan telah menyuarakan kebimbangan mereka dan menasihatkan bahawa ini adalah kawasan sensitif keselamatan yang boleh digunakan sebagai titik transit untuk jenayah rentas sempadan.

“Kita akan membincangkan cara terbaik ke hadapan termasuk penempatan semula orang-orang Pala’u,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri ketika lawatan kerjanya ke Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri di Wisma Tun Fuad Stephens, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew dan Setiausaha Tetap Kementerian, Josie Lai bahawa hanya satu rumah yang terbakar ketika operasi perobohan pada minggu lalu itu dan ia bukan dilakukan oleh pegawai penguatkuasa.

Hajiji melakukan lawatan kerja di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan d an Alam Sekitar negeri di Wisma Tun Fuad.

Mengenai Sabah My Second Home (SM2H), Hajiji berkata beliau akan memaklumkan kepada Kementerian Pelancongan Persekutuan bahawa Sabah akan meneruskan program itu.

“Jemaah Menteri Negeri telah meluluskan program itu untuk dilaksanakan, jadi kami akan meneruskan,” katanya.

Hajiji turut mendedahkan bahawa Muzium Negeri baharu akan dibina di ibu negeri berikutan pengesahan Jemaah Menteri Negeri.

Beliau berkata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong telah ditugaskan untuk mempengerusikan jawatankuasa bagi mencari tapak yang sesuai dan untuk menyusun butiran.

Muzium Negeri yang ada sekarang, katanya hanya dapat mempamerkan kira-kira 10 peratus daripada artifaknya manakala selebihnya disimpan.

Dalam hal lain, Hajiji mengalu-alukan rancangan Kementerian untuk membina Pusat Kebudayaan Kinarut untuk mempamerkan lebih 30 budaya dan tradisi Sabah yang pelbagai.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …