INISIATIF TINGKAT JIDAR SIMPANAN PENJANAAN DAN MENANGANI KEKURANGAN KUASA ELEKTRIK DILULUSKAN

KOTA KINABALU (6 Jun): Majlis Tenaga Sabah (MTS) meluluskan pelbagai inisiatif meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui sekali gus membantu mencapai mengatasi masalah kekurangan kuasa elektrik di negeri ini.

Mesyuarat pertama dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersetuju untuk menjalankan kajian sumber tenaga boleh baharu untuk Sabah seperti angin, geoterma dan projek janakuasa low head hydro summersible untuk meningkatkan campuran tenaga boleh baharu.

Antara cadangan lain daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) termasuk pelanjutan operasi loji janakuasa sedia ada berdaya harap, pembelian tenaga daripada loji janakuasa biomass.

Ini memastikan penyiapan projek Solar Berskala Besar (LSS), memperolehi kapasiti dari Sarawak, melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), tambahan loji janakuasa gas asli sebagai bahan api peralihan dan pengaktifan semula loji janakuasa Geoterma.

Penyiapan Pelan Pembangunan Hidroelektrik Sabah yang menjelang akhir tahun ini dijangka akan dapat menyokong inisiatif-inisiatif penjanaan kuasa di negeri ini.

Untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri akan menerokai teknologi baharu seperti Reaktor Modular Kecil (SMRs) dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC) berikutan kelulusan Enakmen OTEC 2024 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.

MTS ditubuhkan berikutan penyerahan kuasa kawal selia tenaga daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan untuk menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …