SISTEM VENDOR DIWUJUDKAN KEPADA PENDUDUK SETINGGAN TANGANI KES PENYAMBUNGAN HARAM – SHAHELMEY

KOTA KINABALU (6 Jun): Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) kini memperkenalkan sistem vendor untuk membekalkan air kepada penduduk setinggan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri Negeri baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, Inisiatif ini bagi membolehkan kawalan serta pemantauan terhadap penggunaan air penduduk sekali gus menstabilkan bekalan air di kawasan Kota Kinabalu.

Katanya, ini termasuklah melakukan penambahan kapasiti bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2 sebanyak 15-20 MLD sehari serta akan memberi impak kepada bekalan air di kawasan utara Kota Kinabalu.

“LRA apabila disiapkan nanti berkapasiti 80 MLD dijangka mampu membekalkan sepenuhnya kapasiti di kawasan Kota Kinabalu apabila jajaran paip di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Pakej Kerja 8 disiapkan awal tahun hadapan.

“Kementerian bersama-sama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Kementerian Ekonomi sedang dalam proses akhir memuktamadkan kaedah pelaksanaan projek untuk sistem bekalan air negeri Sabah di bawah pakej peruntukan RM300 juta dijangka dimulakan pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shahelmey merupakan Timbalan Ketua Menteri III berkata, skop projek ini mengurangkan gangguan bekalan, menstabilkan tekanan air, menyelesaikan masalah sambungan tidak mengikut peraturan, menaiktaraf dan membaiki aset-aset pam serta penambahan kapasiti loji rawatan air di daerah Kota Kinabalu.

“Skop projek ini melibatkan daerah Papar, Keningau, Lahad Datu dan Tawau bagi menstabilkan sepenuhnya bekalan air di kawasan Kota Kinabalu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …