LIMA INDIVIDU TERMASUK PEGUAM DIREMAN BANTU SIASATAN KES RASUAH FIRMA GUAMAN

MELAKA, 6 Jun – Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka berjumlah lebih RM300,000 sejak 2018 hingga 2022.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 37 dan 53 tahun berkenaan.

Mereka terdiri daripada peguam, pengurus firma guaman, pegawai dan bekas pegawai bank di Melaka dan Petaling Jaya, Selangor.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie dalam kenyataan berkata kelima-lima individu tersebut ditahan antara 2 hingga 4 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua mereka disyaki menerima suapan untuk membolehkan firma-firma guaman tersebut menerima pelanggan bagi urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan.

Katanya siasatan kes dilakukan mengikut Sekyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber – BERNAMA / Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …