Menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kementerian Kewangan akan membuka pendaftaran Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI mulai 28 Mei 2024 di https://budimadani.gov.my.
Pemilik kenderaan diesel persendirian individu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu. Bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi, permohonan boleh dibuat di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.
Pemohon yang layak dinasihati untuk melengkapkan permohonan sebelum 3 Jun 2024 untuk menerima BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan pada pertengahan Jun 2024.
Matlamat utama Kerajaan menyasarkan subsidi diesel adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi negara. Penyasaran ini diharap dapat mengurangkan ketirisan aktiviti penyeludupan, dan pada masa sama, mengurangkan impak kepada kos sara hidup rakyat.
#MalaysiaMADANI
Sumber : Kementerian Kewangan