JABATAN LAUT ANJUR KEMPEN KESELAMATAN PENGANGKUTAN LAUT

SEMPORNA: Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah (JLMWS) mengadakan Kempen Kesedaran Keselamatan Pengangkutan Laut bagi memperkukuh hubungan kerjasama inter-agensi di daerah ini.

Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah, Daar Biskai @ Adam Malik berkata, kempen ini diadakan selama tiga hari bermula 24 Mei baru-baru ini.

Katanya, ia melibatkan sebanyak lima jabatan dan agensi dengan keseluruhan anggota seramai 50 orang serta empat buah aset laut.

“Kempen ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama inter-agensi serta perkongsian maklumat sebagaimana bidang tugas dan tanggungjawab dalam Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah.

“Justeru, menerusi kempen ini, tahap kesedaran keselamatan bot-bot penumpang dapat dipertingkatkan untuk menjamin keselamatan penumpang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ia juga diadakan susulan insiden kemalangan bot penumpang karam berlaku pada tahun 2023 melibatkan kematian pelancong asing yang telah menjejaskan imej pelancongan negara.

“Mengikut statistik kemalangan JLMWS, sebanyak 14 kemalangan bot dan kapal penumpang berlaku di perairan Sabah sejak tahun 2020. Antara punca-punca yang menyumbang kemalangan ini adalah disebabkan kecuaian dan ketidakpatuhan pengusaha bot penumpang dalam mematuhi perundangan maritim negara,” katanya.

Daar berharap pelaksanaan kempen ini dapat meningkatkan lagi kesedaran kepada masyarakat umum khasnya pengusaha bot-bot pelancongan agar lebih cakna keselamatan di laut.

Terdahulu, jabatan terlibat ialah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Sabah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …