15 TAPAK ‘TAMU GEOPARK’ DISEDIAKAN DI KUGGP

KOTA MARUDU (27 Mei): Sebanyak 15 tapak disediakan di ‘Tamu Geopark’ yang terletak di kawasan Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) di daerah ini sebagai sebuah tarikan pelancongan berasaskan komuniti.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, tapak tamu itu adakan disediakan mengikut tiga kategori. Katanya, ia melibatkan tamu Geo-Gastronomi iaitu produk makanan tradisi, Geo-Kraf yang memasarkan kraftangan semulajadi dan kraftangan tradisi, serta Geo-Kostum iaitu mempamerkan dan menjual pakaian tradisi etnik tempatan.

“Selepas setahun, maka kita sudah mulai boleh merasa dan melihat sedikit kesan KUGGp menjalar di pelbagai lapisan komuniti dan masyarakat, walaupun dalam skala yang minimum disebabkan usia KUGGp yang masih muda.

“Kini KUGGp masih seumpama seorang bayi yang masih merangkak dan sedang belajar berjalan. Usaha kita pada detik ini yang akan menentukan kejayaan KUGGp pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis smabutan Tamu Geopark sempena hari ulangtahun pengiktirafan pertama KUGGp 2024 di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.

Christina berkata, pada peringkat ini, pihak KePKAS melalui Taman-Taman Sabah (TTS) sedang giat berusaha untuk memperkasakan komuniti setempat di tiga daerah terlibat.

“Ini merupakan sebuah pembaharuan dalam strategi pemasaran produk-produk pelancongan berasaskan komuniti di dalam kawasan KUGGp. Ia juga turut menyediakan platform kepada komuniti tempatan untuk mempamer dan memasarkan produk-produk mereka,” katanya.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …