37 INDIVIDU DITAHAN MENERUSI OPERASI BERSEPADU RCP KALABAKAN

KALABAKAN (6 Mei): Seramai 37 individu ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Bersepadu di Pos Pemeriksaan Darat (RCP) Kalabakan dijalankan selama dua hari bermula 3 dan 4 Mei lalu.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, operasi membabitkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa agensi lain.

Katanya, Operasi Bersepadu bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai serta mengekang penyusupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Kita akan menguatkuasakan undang-undang khususnya di pintu keluar masuk utama warga asing serta penduduk setempat yang menetap di kawasan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 400 kenderaan dan seramai 832 individu telah diperiksa oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Victor berkata dalam operasi itu seramai 26 individu ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Tawau untuk siasatan lanjut.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pula menahan seramai 10 individu atas kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan merampas dadah seberat 5.22 gram.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) menahan seorang suspek serta merampas 1,750 liter minyak diesel dan sebuah pacuan empat roda atas kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelas Victor.

Menurutnya, dalam masa sama Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 17 saman dan lapan notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kejayaan operasi ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM dalam memperkasakan operasi-operasi sedia ada.

“Operasi Bersepadu ini akan terus dipergiat khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bagi mengekang elemen jenayah rentas sempadan,” tambah Victor.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut