TRAGEDI KEPALA AIR: KETIGA-TIGA MAYAT MANGSA BERJAYA DIKELUARKAN

LAHAD DATU (6 Mei): Ketiga-tiga mayat mangsa insiden kepala air di Lembah Mak Sina River Trekking di sini, telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada jam 12.00 tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bombw dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat ketiga-tiga seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 1.00 petang tadi. Terdahulu, Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Sumsoa Rashid ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan memaklumkan operasi hari kedua hari ini (6 Mei), tiga jasad mangsa telah ditemui tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi tadi.

Menurut Sumsoa, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.28 malam tadi (5 Mei).

“Kejadian melibatkan seramai 15 orang mangsa terperangkap di seberang sungai disebabkan berlakunya kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking Pantai Makuau, Lahad Datu.

“Dua orang mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan Bomba dan sembilan orang mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat. Manakala tiga orang mangsa belum ditemui pada ketika itu.

“Selain pasukan Bomba dari BBP Lahad Datu dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan semalam,” katanya.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …