SITUASI SEMASA KES MALARIA NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU EPID 18/2024

Sebanyak 1 kes dilaporkan berlaku pada ME 18/2024,

Perbandingan tempoh yang sama bagi tahun 2023 menunjukkan penurunan sebanyak 85.7 % (2024 = 3 kes, 2023 = 21 kes).

Namun begitu, langkah pencegahan perlu diambil serius bagi mengelakkan jangkitan malaria.

Sebagai langkah pencegahan terutama bagi penduduk di kawasan hutan dan pinggir hutan, mereka dinasihatkan agar memakai pakaian yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk, menggunakan ubat penghalau nyamuk dan mengelak berada di luar rumah pada waktu malam.

Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan.

Sumber: JKNT

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut