AGENDA PEMERKASAAN PEMIKIRAN KESELAMATAN DI DALAM KOMUNITI DITERUSKAN

Meneruskan agenda pemerkasaan pemikiran keselamatan di dalam komuniti, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah berkesempatan menyantuni kumpulan bakal pendidik di kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Penggunaan kaedah komunikasi dua hala sepanjang taklimat disampaikan telah membuka ruang perbincangan yang cukup bermanfaat di kalangan peserta dan penyampai taklimat dalam menelusuri isu-isu keselamatan yang acap kali diabaikan dalam aspek pembangunan dan pendidikan pelajar. Isu keciciran pelajar, generasi Covid-19, pengaruh pempengaruh dan ancaman kekurangan pekerja mahir di kalangan warga tempatan antara lain merupakan input yang telah dikongsikan sepanjang taklimat berlangsung.

Penerimaan baik para peserta sepanjang program berlangsung telah ditonjolkan melalui wajah penuh minat dan persoalan-persoalan yang ditimbulkan sewaktu sesi soal jawab. Kesedaran mengenai kepentingan pemikiran keselamatan telah dihayati sebaiknya oleh para peserta yang hadir.

Menyedari bahawa kumpulan pendidik merupakan kelompok paling hampir dengan masyarakat khususnya golongan pelajar selain berperanan sebagai pembentuk generasi hadapan, MKN Kedah berpandangan bahawa suntikan elemen pemikiran keselamatan harus diterapkan lebih awal di kalangan para pelajar institut ini bagi membolehkan agenda keselamatan dapat dihayati dan direalisasikan setelah ditempatkan sebagai guru di sekolah nanti.

Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap isu kesihatan mental di kalangan bakal pendidik dan kumpulan pelajar pada masa kini. Berkongsi di dalam sesi taklimat ini, Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid berkata, kesihatan mental yang baik sangat diperlukan oleh bakal guru dalam mendepani cabaran dalam dimensi pendidikan yang semakin meluas.

Turut hadir Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kuala Muda, Puan Nurul Wati Md Noor.
Pasukan MKN Kedah bergambar kenangan bersama bakal-bakal pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …