TINGGALKAN RUMAH DENGAN SELAMAT KETIKA AIDILFITRI, GUNAKAN VSP.

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan satu inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai rakan kolaborasi polis. Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membendung jenayah curi dan pecah rumah terutama pada cuti perayaan Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata ia terbukti apabila tiada kejadian pecah rumah membabitkan semua 6,856 individu yang memaklumkan pergerakan pulang ke kampung melalui aplikasi VSP tahun lalu. Individu yang sudah menghantar makluman di VSP sebelum mereka pulang ke kampung, berdasarkan data tiada kejadian pecah rumah berlaku di kediaman mereka. Jadi impak VSP ini sangat besar dan positif.
Orang ramai hanya perlu menghantar informasi melalui VSP bila mahu pulang ke kampung dan PDRM akan membuat rondaan 24 jam di sekitar kawasan rumah terbabit.
Menurutnya, maklumat pergerakan pulang ke kampung yang dimuat naik menerusi aplikasi VSP akan disalurkan kepada elemen pencegahan jenayah iaitu Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Selain itu, ia bertujuan memudahkan masyarakat menyalurkan maklumat atau aduan mengenai keselamatan dan jenayah yang memerlukan bantuan daripada pihak polis.Masyarakat digalakkan untuk memanfaatkan aplikasi ini untuk memaklumkan kepada pihak polis mengenai ketiadaan mereka di rumah sempena cuti Aidilfitri bagi mengelakkan sebarang aktiviti jenayah berlaku dan memastikan harta benda yang ditinggalkan selamat.


Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan dan muat turun aplikasi VSP sekarang melalui pautan di bawah:

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut