PTPTN UMUM DIVIDEN SSPN 3.60 PERATUS

PUTRAJAYA: 5 April 2024, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2023 sebanyak 3.60 peratus membabitkan anggaran peruntukan RM357.65 juta.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ia akan memberi manfaat kepada 6.52 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.

Katanya, pemberian dividen lebih tinggi ini sekali gus menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus cemerlang, berintigriti dan strategik bagi memastikan pulangan optimum kepada pelanggan.

PTPTN mengumumkan agihan dividen 3.05 peratus atau kurang 0.55 peratus pada tahun 2022.

“Pemberian dividen tinggi ini disokong oleh pulangan pelaburan yang positif dengan keuntungan pelaburan deposit bagi 2023 berjumlah RM446.22 juta,” katanya pada sidang media Pengumuman Dividen SSPN 2023 di kementeriannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Zaini Ujang dan Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahman.

Pembayaran dividen akan dimasukan terus ke akaun Simpanan PTPTN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata masing-masing melalui aplikasi myPTPTN bermula esok.

Pada tahun ini deposit Simpan SSPN adalah sebanyak RM3.15 bilion manakala RM513,002 akaun baharu turut direkodkan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …