RANCANG PERJALANAN BALIK KAMPUNG DENGAN MELIHAT RAKAMAN CCTV LEBUHRAYA

Musim cuti  menyambut Hari Raya Aidilfitri ini, rata-rata orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang bercuti ke pelbagai lokasi setelah lama berada di bawah perintah kawalan pergerakan. Dalam sesetengah keadaan, ramai yang menjangkakan lebuh raya sudah pastinya akan sesak dipenuhi dengan kenderaan.

Kami ingin kongsikan satu tips sebelum anda memulakan perjalanan balik kampung! Apa kata, sebelum anda memulakan perjalanan terutamanya bagi yang merentas negeri, check dulu keadaan di highway berkenaan sama ada sesak atau pun tidak. Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tidak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya. Kalau jammed, bolehlah cari laluan alternatif untuk memudahkan perjalanan.



Dalam link ni, anda boleh nampak status terkini aliran trafik di kesemua lebuh raya di Semenanjung Malaysia. Boleh lah semak dulu keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan.
Jika ada anda perlukan bantuan, berlaku kecemasan, atau perlu mengetahui info lanjut tentang trafik, hubungi :
Hotline Info Trafik : 1800-88-7752
Tel : 603-8738-3000
BERHATI-HATI MEMANDU, INGAT INSAN YANG TERSAYANG.

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …