KUPANG PERAIRAN PORT DICKSON DISAHKAN TAK SELAMAT

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan kupang dari perairan Port Dickson khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang di sini dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Wan Muhammad Aznan Abdullah, ia berdasarkan analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur. Analisis yang dijalankan mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia pada kupang yang diambil sampel di perairan Port Dickson.

Jabatan akan meneruskan pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurang dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan. Buat masa ini orang ramai disarankan supaya tidak mengambil kerangan seperti lala, kerang dan lokan di Port Dickson selain pihaknya tidak membenarkan kerangan itu dijual dan dipasarkan dalam pasaran awam.

Namun pihaknya membenarkan kawasan lain yang selamat untuk dijual, namun begitu pengusaha perlulah mendapat pengesahan daripada jabatan terlebih dahulu. Bagaimana pun makanan laut lain seperti ikan dan sotong di perairan berkenaan adalah selamat dimakan. Cuaca panas mungkin antara faktor yang menyebabkan alga toksin ini merebak dan membiak dengan cepat. Dalam tempoh 20 hari ini orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakan kerangan dan hebahan umum akan dibuat selepas ia selamat untuk di makan. Pihaknya sudah mengeluarkan arahan supaya penternak tidak mengeluarkan hasil kerang-kerangan masing-masing.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan terus membuat pemantauan di kawasan perairan di daerah ini termasuklah di pasaran awam. Setakat ini terdapat 40 penternak kupang yang ada di Pasir Panjang namun hanya 19 berdaftar dengan jabatan ini dan pihaknya percaya mereka akur dengan arahan ini.

Dalam perkembangan terkini kes keracunan kerang, terdapat sembilan kes direkodkan dan terkini hanya seorang pesakit iaitu lelaki berusia 70-an masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala, empat lagi dijangka bakal mendaftar keluar pada jumaat, bakinya empat sudah keluar pada Rabu lalu.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut