DYTM YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU MENCEMAR DULI BERKUNJUNG KE BAZAR RAMADAN

Kehadiran DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi kekandanya, Tengku Puteri Utama Raja serta adindanya, Tengku Puteri Daulath Raja yang berkenan mencemar duli berkunjung ke Bazar Ramadan Kuala Ibai, petang semalam menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Keberangkatan tiba anakanda-anakanda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu sekitar jam 5.30 petang disambut Setiausaha Kerajaan Negeri; Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT); Rosli Latif, pegawai daerah Kuala Terengganu, Azran Amin Mazlan serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.  Sepanjang kunjungan di lokasi berkenaan, ramai pengunjung tidak melepaskan kesempatan untuk menyapa Yang di-Pertuan Muda Terengganu serta kekanda dan adindanya.

Paduka anakanda-anakanda turut berkenan menyampaikan kurnia kepada kanak-kanak yang hadir di sana selain berkenan berswafoto bersama sebahagian pengunjung di lokasi. Yang di-Pertuan Muda Terengganu bersama paduka anakanda -anakanda berangkat pulang sekitar jam 6.15 petang.

sumber : UPDI Terengganu

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …