KASIH RAMADAN SANTUNI PELAJAR TAHFIZ DITERUSKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

JASIN, 3 April – Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak dan persediaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah melaksanakan satu lagi program untuk sama-sama berkongsi rezeki dan meraikan para pelajar tahfiz dalam Parlimen Jasin.

Istimewanya program pada tahun ini, MKN Melaka telah memilih untuk menyantuni para pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al-Quran As Syafie, Kg. Seri Mendapat, Pusat Tahfiz Al Quran As Solihin, Batu Gajah, Merlimau dan Madrasah Tahfiz Darul Naim Kasih, Sg. Rambai.

Program yang diadakan secara santai ini bertujuan untuk menyelami dan merasai suasana anak-anak tahfiz dalam menikmati Bulan Ramadan dan persediaan menerima kedatangan Syawal bersama kawan-kawan di pusat tahfiz. Ianya juga sebagai salah satu inisiatif pihak MKN untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni dan memupuk nilai-nilai murni dalam menjamin kesejahteraan institusi kekeluargaan. Sumbangan Aidilfitri telah disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan Negeri, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan kepada wakil bagi setiap tahfiz. Semoga dengan sumbangan ini dapat menjadi asbab kebaikan buat kita semua.

 

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …