PPM SERBU RUMAH, RAMPAS 166 KARTON MINUMAN KERAS

KOTA KINABALU (3 April): Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 166 karton minuman keras yang dipercayai diseludup dalam serbuan terhadap sebuah rumah di Taman Semaju, Tamparuli, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, semua minuman keras yang disyaki tidak bercukai pelbagai jenama berkenaan dianggarkan bernilai RM27,148.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, operasi Op Khas Aidilfitri berkenaan dilancarkan berdasarkan maklumat awam. Katanya, hasil intipan selama dua jam, pasukan operasi terus menyerbu rumah berkenaan dan menemui 166 karton minuman keras pelbagai jenama.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan operasi menemui longgokkan minuman keras pelbagai jenis yang disyaki tidak bercukai

“Antara jenama minuman keras yang ditemui ialah Sea Pearl (60 karton), Anchor (50 karton), Chal’als Draught Biru (40 karton) dan Chal’s Draught Hijau (16 karton),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad berkata, tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan ekoran semasa serbuan, rumah berkenaan ditinggalkan dalam keadaan pagar tidak bertutup dan pintu kaca rumah juga tidak berkunci.

Katanya, pihaknya juga menunggu lebih dua jam di rumah berkenaan namun tiada pemilik yang tampil menuntut semua barangan berkenaan.

“Pasukan operasi terus merampas semua barangan berkenaan untuk siasatan mengikut Akta Kastam.

“Semua minuman tersebut dibawa ke Pejabat PPM Kota Kinabalu untuk laporan polis dan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …