TH DIARAH PERKUKUH SISTEM THIJARI ELAK WANG PENDEPOSIT ‘LESAP’

SHAH ALAM, 7 MAC : Lembaga Tabung Haji (TH) diarah memperkukuh sistem keselamatan perkhidmatan digitalnya, THiJARI dalam menangani kes wang pendeposit lesap akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian.

Menurutnya, TH juga sudah membuat laporan polis berkenaan kes membabitkan aplikasi THiJARI dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama saya sudah arahkan CEO TH (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Syed Hamadah Syed Othman) memperkukuhkan lagi sistem keselamatan THiJARI dalam memastikan simpanan pendeposit terjamin.

“Itu jaminan TH, namun kita tak mampu lakukan ini sendirian sekiranya masyarakat khususnya pendeposit TH tidak ambil pendekatan berhati-hati terhadap sindiket penipuan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024 (KBK 2024).

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Selamat Paigo dan Mufti Kerajaan negeri, Datuk Abd Halim Tawil.

Media pada 14 Februari 2024, melaporkan seorang peniaga di Kelantan kerugian RM692,500 apabila wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji (TH) miliknya lesap akibat diperdaya sindiket ‘phone scam’ yang menyamar pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis.

Dalam kejadian terbaru, semalam, seorang bilal masjid di Hulu Selangor dilaporkan kehilangan RM12,000 dalam akaun TH miliknya yang didakwa dipindah tanpa kebenaran pada Februari lalu.

Mangsa membuat laporan pada 26 Februari lalu mengenai wang simpanan THnya dikesan berkurangan dan siasatan mendapati dia menerima satu pesanan ringkas dari TH memaklumkan terdapat pemindahan wang dari akaunnya ke akaun bank individu lain.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, dalam kes terbaru itu, TH juga mengambil pendekatan awal membekukan akaun berkenaan selepas berlaku transaksi mencurigakan sebelum menerima laporan.

“TH terima aduan pada 26 Februari tetapi kita ambil tindakan membekukan akaun berkenaan sekitar 23 Februari selepas menyedari berlaku transaksi mencurigakan.

“Kita percaya jika tiada tindakan awal dibuat kemungkinan besar menjelang 26 Februari (aduan) banyak lagi duit akan lesap. Itu pendekatan yang kita buat.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …