LEBIH SETAHUN LABUR RM512,200, PESARA BARU SEDAR DITIPU ‘SCAMMER’

Pesara syarikat swasta mengalami kerugian lebih RM500,000 selepas lebih setahun membuat pelaburan tidak wujud dalam talian akibat terpedaya iklan pelaburan itu di Facebook. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 61 tahun yang sebelum ini merupakan pengurus syarikat pada Selasa.

Mangsa dari daerah ini telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang individu yang tidak dikenali serta membuat 16 kali transaksi menggunakan wang miliknya bermula Disember 2022 hingga Januari tahun lepas. Dia mengalami kerugian berjumlah RM512,200 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, mangsa sebelum itu masih mengharapkan ada pulangan dan keuntungan sehingga terus menerus membuat pelaburan lebih setahun iaitu bermula 10 Disember 2022 hingga 14 Januari 2023. Ia berikutan dijanjikan pulangan wang pelaburan yang dibuat sebelum ini, namun menyedari ditipu apabila semuanya tidak menampakkan hasil akhirnya membuat laporan polis.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan pihak yang menawarkan pelaburan dalam talian dengan keuntungan yang tinggi. Segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan selain boleh juga menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika menjadi mangsa penipuan atau menerima panggilan yang mencurigakan supaya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dapat membantu kepada proses seterusnya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …