JANGAN AMBIL REMEH ISU KESELAMATAN ANAK-ANAK

Ibu bapa, penjaga mahupun pengasuh di negara ini perlu mengambil maklum mengenai tanggungjawab dalam memastikan kebajikan anak-anak dalam jagaan berada di dalam keadaan yang selamat dan sejahtera. Dasar Kerajaan juga telah digubal bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar memahami isu tersebut termasuk hak kanak-kanak. Hal ini kerana kebanyakkan kes keselamatan kanak-kanak di negara ini dilihat berleluasa dan tidak masuk dek akal.

Contoh kes pertama adalah apabila budak lelaki berusia enam tahun memandu kereta lebih 2.5 kilometer untuk ke kedai pada waktu malam hanya ditemani adik lelakinya yang berumur 3 tahun sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum,Langkawi. Persoalannya dimanakah ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut pada masa itu. Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Contoh kes kedua adalah kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tentunya memberi pengajaran kepada kita supaya tidak mengambil mudah dengan tanggungjawab anak yang diamanahkan Ilahi di mana isu pengabaian dan penganiayaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down yang berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella.

Bila dilihat kes-kes seperti ini, kiranya bukan sesuatu tugas yang mudah yang perlu dipikul oleh ibu bapa dan penjaga. Sebagai ibu bapa dan penjaga serta masyarakat perlu cakna kewajipan dalam menjaga kebajikan anak-anak. Tidak sekadar memberi makan pakai,mereka juga perlu dipastikan dijaga dengan aman, mendiami kediaman yang selesa,dan diberi kasih sayang yang sepenuhnya serta menyediakan kehendak yang sepatutnya dan sebaik mungkin. Ini akan memastikan isu pengabaian dan penganiayaan terhadap anak-anak jagaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi dapat dielakkan.

Kita sebagai ibu bapa, penjaga mahupun pengasuh boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati melakukan kesalahan berkenaan iaitu mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Lebih khusus ialah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Pindaan oleh Parlimen jelas mencerminkan kesalahan di bawah seksyen dan akta ini adalah serius kerana hukuman penjara dinaikkan dari 10 kepada 20 tahun manakala denda dipinda daripada RM20,000 kepada RM50,000.00. Kesalahan ini diletakkan di bawah kesalahan yang berta supaya ia dapat memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan golongan bawah umur.

Sumber : Noor Azlida Alimin wartawan Meja Jenayah/Mahkamah . You Tube Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut