Operasi Bersepadu Perobohon Jeti Pangkalan Haram di Jeti Kubur, Pengkalan Kubor

Operasi merobohkan pangkalan haram di sempadan negara dimulakan di dua lokasi iaitu Pangkalan Haram Kubor dan Tanjung di Pengkalan Kubor, Tumpat pada hari ini 7 Mac 2024.

Kerja melupuskan dua pangkalan haram di tebing Sungai Golok itu dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari diketuai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan membabitkan beberapa agensi berkaitan termasuk Majlis Daerah Tumpat, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dua pangkalan haram yang dirobohkan itu dibina di tanah milik kerajaan dan selepas ini, beberapa pangkalan haram lain akan dirobohkan juga bergantung kepada pemeriksaan dari segi milikan tanah.

Tinjauan dilakukan di dua pangkalan haram itu mendapati tiada lagi pergerakan keluar masuk bot penambang yang aktif seperti sebelum ini, malah ramai individu yang ingin menyeberang Sungai Golok terpaksa berpatah balik dan mencari alternatif lain.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …