MAIS TUBUH JAWATANKUASA KHAS PANTAU KEGIATAN DAKWAH DALAM TALIAN

SHAH ALAM, 7 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau kegiatan dakwah dalam talian yang bertentangan dengan enakmen, fatwa dan undang-undang syariah negeri.

EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata jawatankuasa itu turut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Soal penguatkuasaan bahan dakwah (termasuk kegiatan dakwah) secara dalam talian sedang diteliti Mais dengan penubuhan jawatankuasa khas yang melihat kepada pelbagai perkara.

“Ini termasuk jika alamat protokol internet (IP) berada di luar (Selangor). (Mais teliti) kaedah dan cara bagaimana mengekang dan mengawalnya melalui penubuhan jawatankuasa khas,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sungai Ramal Mohd Shafie Ngah yang ingin tahu usaha Kerajaan Negeri berkait kegiatan dakwah dalam talian yang dikhuatiri menyimpang dan bertentangan dengan enakmen, fatwa dan undang-undang syariah Selangor.

Menjawab soalan wakil rakyat Hulu Bernam Mu’izzuddeen Mahyuddin tentang usaha memperkukuh akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini katanya pelbagai insiatif dilaksana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk penyediaan silibus akidah di sekolah rendah dan menengah seliannya.

Selain itu, JAIS turut memberikan penjelasan melalui teks khutbah Jumaat yang menyentuh berkaitan akidah islam selain pencegahan ajaran menyeleweng dan sesat melalui kawalan tauliah ceramah.

JAIS juga melaksanakan pencelahan dalam isu dan masalah berkaitan pegangan akidah Islam yang dihadapi dalam kes rumah tangga dan kekeluargan melalui pegawai runding cara.

Selain itu usaha penguatkuasaan undang-undang yang konsisten terhadap kesalahan yang bertentangan dengan enakmen dan undang-undang jenayah Syariah dan fatwa Selangor turut dilaksana JAIS.

-SELANGORKINI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …