ARAHAN MKN NO.23: DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN PELARIAN DAN PEMOHON SUAKA

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah telah menganjurkan Program Taklimat Arahan No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka yang bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Kedah, dekat sini.

Seramai 118 peserta dari pelbagai agensi dan jabatan di negeri Kedah telah menghadiri taklimat yang bermula pukul 9.30 pagi tadi. Arahan MKN No. 23 ini merupakan arahan yang telah disemak semula pada tahun lepas, menjelaskan mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka yang dikenalpasti sebagai isu yang semakin meruncing dan memerlukan perhatian serius di dalam negara ini.

Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, MKN, JPM, Encik Tajul Ariffin Muhamad dalam perkongsiannya berkata, kad UNHCR bukanlah ‘tangkal’ kepada pemegangnya untuk kebal daripada undang-undang Malaysia. Sebarang pelanggaran peraturan dan salah laku masih tertakluk kepada undang-undang dan hukuman di negara ini sepertimana rakyat Malaysia yang lain.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Encik Mohd Ridzzuan Mohd Zain dan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa.
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof menyampaikan ucapan aluan kepada peserta yang hadir

Artikel/Berita Terkini

ZOO MELAKA BILA LARUT MALAM MEMANG BERBALOI

Ayer Keroh – Night Safari Zoo Melaka bersempena inisiatif Melaka Bila Larut Malam disifatkan sebagai tawaran yang sangat berbaloi. Program …

WRUR ASAHAN: MAIM SANTUNI, BANTU CANTIKKAN RUMAH ASNAF

Asahan – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) terus mempergiat usaha kebajikan dengan membantu mengemas rumah …

PBT MELAKA PERHEBAT AGENDA PELANCONGAN 2026

Banda Hilir – Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini memberi tumpuan kepada aspek naik taraf infrastruktur dan …