PM: BUKA SEMULA SIASATAN MH370 JIKA ADA BUKTI BAHARU, KUKUH

MELBOURNE, 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Malaysia bersedia membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat bagi penerbangan MH370 Malaysia Airlines hampir sedekad lepas sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.

“Mengenai insiden membabitkan (MH)370, kami telah mengambil pendirian bahawa jika ada bukti kukuh yang memerlukan kes itu dibuka semula, kami pasti akan berbuat demikian.

“Saya dengan sukacita bersedia membuka semula kes ini… Ia adalah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat dan apa sahaja yang perlu dilakukan, harus dilakukan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese di Melbourne sempena lawatan rasmi beliau ke Australia.

Sidang media itu mendahului Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia (ALM) Kedua, yang buat julung kalinya berlangsung secara bersemuka antara pemimpin dan pegawai tinggi kedua-dua negara sejak ia diperkenal pada 2021.

Tarikh 8 Mac ini adalah ulang tahun ke-10 tragedi kehilangan pesawat malang itu.

Penerbangan MH370 Malaysia Airlines, yang membawa 239 penumpang dan kru, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Albanese pula mengakui beliau memahami kesedihan dan kesengsaraan yang dialami oleh ahli keluarga mangsa.

“Kami memahami bahawa ini adalah saat yang begitu sukar kepada ahli keluarga mangsa kerana mereka gagal mendapat kepastian dengan misi pencarian yang berjaya. Ia amat sukar,” kata beliau.

-BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …