MPKP DAN MKN SEPAKAT UTAMA ISU KESELAMATAN DALAM PEMBANGUNAN SEMPADAN
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Encik Badrulhisham Haji Sulaiman di pejabat beliau, sebentar tadi.
Kubang Pasu merupakan antara daerah yang mempunyai sempadan darat antarabangsa bersama negara Thailand dengan satu pintu masuk antarabangsa (PMA) iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Dalam pertemuan ringkas ini, pelbagai isu telah dibincangkan terutamanya melibatkan isu-isu keselamatan sempadan darat dan projek-projek pembangunan di sekitar Bukit Kayu Hitam, termasuklah isu berkaitan jeti-jeti haram, serta penyeludupan minyak bersubsidi.
Pertemuan ini juga menunjukkan komitmen kedua-dua pihak untuk berkolaborasi dan bekerjasama dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara kekal terpelihara.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Encik Faizal Azli Ghazali dan Encik Bakhtiar Effendy Khalid, Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah.
Puan Zuraini Mohd Yusof memperkenalkan diri kepada ahli mesyuarat yang hadir
Perbincangan mengenai isu-isu keselamatan sempadan darat dan projek-projek pembangunan di sekitar Bukit Kayu Hitam.
Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …
Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …
Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …