SONGKET ‘BUNGA LADO’ SERLAH IDENTITI NEGERI SEMBILAN

Selepas 26 tahun, songket Negeri Sembilan akan dihidupkan semula dengan bermotifkan ‘bunga lado’, iaitu antara sembilan identiti di negeri ini. Menurut Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Mohd Khairil Hisham Mohd Ashaari, usaha itu penting bagi memartabatkan seni budaya negeri ini terutamanya memperkenalkan bunga lado atau bunga lada kepada masyarakat.

Beliau berkata, songket identiti negeri adat Perpatih pernah diketengahkan sekitar 1998 iaitu bermotifkan ukiran dan tumbuh-tumbuhan, namun pada kali ini pihaknya lebih serius mahu mengangkat identiti bunga lado dengan kerjasama Jabatan Penjara dalam menghasilkan songket berkualiti tinggi.

Idea tercetus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19), ketika itu kami reka bentuk corak bunga lada dan saya juga meminta kenalan di Terengganu untuk menghasilkan satu songket bercorakkan bunga itu. Kemudian pihaknya ke Penjara Kelantan melihat cara pembuatan songket dan selepas ini akan dibawa ke Penjara Jelebu, kerana mahu songket ini dihasilkan di negeri ini.

Tekstur songket licin itu bercirikan dua wajah iaitu corak berbeza di bahagian depan dan belakang, sekali gus sesuai digayakan pada majlis tertentu pada waktu siang dan malam. Pihaknya juga merancang untuk menghasilkan corak songket mengikut identiti empat luak yang ada di negeri ini dengan asasnya bermotifkan bunga lado. Setiap luak di negeri ini ada identiti tersendiri, tetapi asasnya tetap bermotifkan bunga lado, reka bentuk itu mengikut ukiran seni dan identiti luak masing-masing.

Bunga lado melambangkan keunikan Negeri Sembilan yang sinonim dengan masakan pedas manakala ciri-ciri bunga itu ialah berwarna putih, mempunyai kelopak daun, lima stamen dan stigma. Daun melambangkan rakyat di negeri ini, lima kelopak bunga (lima Rukun Islam dan lima Rukun Negara), Stamen (Benang Sari) iaitu Undang Yang Empat (Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau) dan Tuanku Besar Tampin manakala stigma (Yang Dipertuan Besar).

Promosi identiti busana tradisional

Pihaknya juga giat mempromosikan identiti lain seperti busana tradisional wanita iaitu Baju Kebaya Setengah Tiang, yang lazimnya baju itu dipadankan dengan kain batik sarung. Baju itu berpesak dan labuh bawah daripada bahagian punggung dan atas daripada lutut.

Busana terbabit serta songket bunga lado akan dipamerkan di Galeri Tuanku Jaa’far pada 23 Febuari ini bersempena program jualan produk penjara. Selain bunga lado, identiti lain Negeri Sembilan ialah adat Perpatih, rumah tradisional bumbung panjang, makanan tradisional (gulai kuning), permainan tradisional (gasing Negeri Sembilan), muzik (caklempong), tarian piring lambung, enam lagu terbitan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan busana tradisional lelaki (Baju Melayu Cekak Musang).

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …