500 LITER MINYAK PETROL DISITA DALAM OPS BERSEPADU PENCEGAHAN KETIRISAN BARANG KAWALAN

TUMPAT 18 Feb : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan bersama PDRM IPD Tumpat, Kelantan.
Lokasi kejadian di Kg. Jubakar Darat, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan pada jam 7.00 pagi tadi telah menyita anggaran 500 liter minyak petrol ditemui berada di bahagian penumpang hadapan dan belakang serta didalam bonet.
Semasa serbuan barang kawalan diisi didalam beberapa tong jerikin dijumpai didalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira berpendaftaran tempatan yang ditinggalkan oleh suspek setelah menyedari dikesan pasukan operasi.
Terdahulu dari maklumat risikan, suspek tersebut disyaki dari Kota Bharu membawa muatan bahan bakar barang kawalan bagi melakukan kegiatan penyelewengan yang akan dibawa ke pengkalan haram sekitar Tumpat, Kelantan untuk diseludup ke negara jiran.
Perkongsian maklumat lanjut kepada PDRM IPD Tumpat, membuat penahanan awal, seterusnya kes diserahkan kepada KPDN Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …